~speSies raJin~

Thursday, November 22, 2012

22 November 2012

Tarikh ini hari ini, sebulan dari hari ini.... mungkin terbawa-bawa agaknya, sehinggakan menulis tarikh di board sebulan kedepan, hahaha hadam saja bila kene ketawa, bukan apa hingga ke penghujung hari tarikh itu masih kekal begitu, syukur tiada siapa yang meneka mengapa, kerana ia akan memberi trauma yang mengila....

Terlalu memikir kan 22 December, aku ingin tarikh itu berlalu begitu saja, tiada siapa yang menyedari ketibaan nya... kerana aku tidak mahu perkara yang sama berlaku semula... bila satu pengharapan itu menjadi dusta ia bagaikan abu-abu yang terbang dah hancur seiring waktu... menjadikan ia nya berlalu tanpa rasa apa-apa.

Tarikh itu  juga membuatkan aku hilang tanpa dapat diduga, tiada siapa yang dapat mengagak dan tiada siapa dapat melihat kelibat, kerana aku tidak suka, bukan kerana ada pengalaman yang tidak berharga, tapi aku tidak tahu mengispirasikan rasa...

Tidak mengapa, kita tunggu saja tarikh ini di bulan hadapan, tengok bagaimana pula... jika masih sama, maka terbukti itulah yang ada...
http://quotediary.me/

No comments: