~speSies raJin~

Friday, November 5, 2010

: : : p e r i O d P a i n : : :

sakit pwut wei.....pnyakit tiap2 bulan aku dah dtg....bulan nie ag perit la.....
adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
sakit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
subhanAllah....sabar2...aku kuat kan...nea leh mnyerah kalah....
td aku dea terbaca kat blog bro mario sal haid...disebab kan dea kne mengena ngan aku ari nie...so aku nk tulis ckit sal nie...huhuhu
meh la aku bg info sal sakit nie (huhuhu)
Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadang kala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang biasa ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang biasa dan sihat ialah antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.
********************************************************

Purata kitaran haid ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus perempuan yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi perempuan yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70mililiter. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah antara 60 hingga 200 mililiter.
******************************************************************* sesetengahperempuan akan mengalami simptom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami alahan seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan. ***************************************************************************
sengugut

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan. sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20-an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid. Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang berlaku pada wanita berusia di antara 20-24 tahun. Ia selalunye hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea adalahkeadaa dimana sakit sengugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.

sumber : http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=102:senggugut&catid=35:sukar-hamil&Itemid=57 http://ms.wikipedia.org/wiki/Haid

No comments: