~speSies raJin~

Thursday, December 29, 2011

Wordless Wednesday - Kesalahan



P/s??? sejak bila ERANA...ingat ikan pirana kea...?

Tuesday, December 27, 2011

Jawapan Mu Ku Nanti

Source: Tumblr

Jangan pernah mengatakan diri ini tidak memahami
Jika kamu sendiri tidak pernah cuba mengerti
Senang sungguh kata-kata itu meniti
Saat diri ini berjuang agar kamu bahagia
Tidak bermaksud mengungkit tapi menerangkan
Pernahkah cuba memahi walau sekelumit hati ini
Tidak perlu banyak hanya sebesar kuman sudah memadai


Dituduh bermacam-macam dusta, caci dan hina
Disaat cuba memahi apa yang tersirat
Dituduh tidak memahami seperti kawan baik
Ya mungkin diri ini tidak memahami
Kerana kamu tidak pernah mengerti


Saat diberi perkhabaran yang perit
Mengagahkan diri agar akal menerajui bukan hati
Berjaya meyakinkan dan memujuk diri
Yang suatu hari kamu bisa berubah nanti


Sedaya upaya memujuk hati
Menerima apa adanya
Agar tidak dikata meningal saat sukar
Bukan bermaksud hati sudah berarah
Cuma cuba mengerti apa pemasalahan diri


Masih setia menanti
Biarpun tika kini sudah hambar menghantui
Istikharah sudah dilalui
Biarlah jalan ini diserah kepada Allah menghakimi
Bermohon, bermunajat, berserah setelah
Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal sudah


Hanya menunggu apa yang dinanti
Berhak dan Pasti
Tiada kemungkinan disini yang pasti hanya YA dan TIDAK dihati
Tidak perlu menerangkan berkali-kali
Hanya satu perkataan memadai

EYN, 25DECEMBER2011



Sunday, December 25, 2011

Surat Cinta Buat Sang Pencipta


Source: Google

Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguh nya aku hamba mu yang tiada daya upaya melawan kehendak mu YaAllah
Ya Allah Sesungguhnya segalanya datang dari mu


Aku bermohon kepada mu Ya Allah dengan melakukan istikharah
Bagi menetapkan hati dan pendirian yang sering berbolak balik
Hanya kepada mu aku berminta Ya Allah tuhan semesta alam
Yang mencipta segala pelusok dunia



Aku bermohon kepada mu
Kau bimbing lah aku agar tidak terpesong dari jalan mu
Jika dia adalah jodohku
Aku bermohon agar hubungan kami berlandaskan ajaran mu Ya Allah
Agar terhindar dari segala dosa yang melalaikan


Jika sebaliknya aku bermohon agar kau bukakan lah jalan bagi dia
Untuk menyatakan kata pengakhiran buatku serta merta 
Agar segalanya jelas depan mata 
Dan segala zina hati yang pernah bersarang di lubuk jiwa ini hilang serta merta


Kerana aku tiada daya untuk menyatakan kata-kata yang bisa 
Menghancurkan senyuman di wajah nya biarlah sebaliknya Ya Allah
Sesungguhnya aku tidak sanggup Ya Allah
Aku Hanya mampu beristighfar tatkala hati dipagut rasa bersalah
Kerana aku lebih menyayangi mu Ya Allah dari dia...

EYN, 25DECEMBER2011


Source: Google




Wednesday, December 14, 2011

Hanya Aku Disini

Asing di bumi ini
Walau sudah berdekad di sini
Diri bagai terasing sendiri
Mengorak langkah berpaksi bumi

Bukan menyendiri
Terasa dunia bukan disini
Masih tercari-cari erti
Erti mengapa di sini

Kau... mengapa masih disini
Adakah sudah menemui erti
Jika ya... sungguh bertuah diri
Tapi diri ini masih tercari-cari

Angin bawalah diri ini
Kepada keluarga yang disayangi
Dimana diri ini sangat mermelui
Kasih sayang yang sejati

EYN, 9DECEMBER2011



Aku dah rasa bila duduk sendiri, perasaan dia pelik sangat....kalah ayam berak kapur!!! kalaw iman tak kuat aku rasa ada gila, mujur ada orang yang sudi pegang tangan walaw sekejap bagi impact yang sangat besar pada aku, aku dah angap mcm family sendiri, aku tak pernah mengadu tapi dia paham apa yang aku rasa, time aku lapar diabagi makan time aku perlukan tempat tinggal dia bagi pelindungan...

Hidup nie, tak sentiasa cerah, dan kita tak akan lalui kehidupan yang sama sepanjang hiduo nie, mesti ada pasang surut nya, dia dah tolong aku time susah, bimbing time aku hilang, tarik aku time aku hampir tersesat, dan sekarang akukene jalani hiduo ni atas kaki sendiri tanpa bantuan sesiapa, aku kene belajar berdikari, tabah hadapi hidup ini...


p/s : You Are my Inspiration Ayah Yang Gagah ARM

Wordless Wednesday - Games Addicted



p/s : main game sampai lebam...hehehe

Sunday, December 4, 2011

Rindu kamu NHK

Kamu tau eina terlalu rindu kamu, sampai tak terbendung perasaan ini, menangis saban malam mengenangkan keluarga di sana, tak pernah merindui sebegini, kata kamu "itulah cabaran yang nyata" memang cabaran walau tidak lama kita kenal kamu dah jadi half of mine, kamu tahu segalanya, kamu tahu...perasaan sayang itu tidak semesti nye diungkap cukup dengan perilaku...sayang itu tidak semesti nye sentiasa berhubung kerana  ia boleh lebih dihargai, walau jauh mana pun jarak kita, saya tetap sayang kamu, eina tak col atau text mahupun IM di FB sebab ina taknak kamu tahu eina sedih, tak nak kamu tahu ina rindu kamu, eina tahu kamu ada link blog nie kan, tapi tak pea kamu jarang bukak kan...


Eina rindu segala-galanya pasal kita selama 3 tahun ni, rindu family, rindu gaduh dengan adik rindu kene marah dengan daddy, rindu nak dengar nasihat ibu, rindu kene pangkah dengan akak, hehehe...funny kan bila ingat kan balik semua moment tu, nak tergelak pun ada adakalanya menyesal buat keputusan seperti ni, bila difikirkan balik mungkin ini yang terbaik buat masa sekarang, sebab eina boleh pikir semula apa yang telah berlaku selama ini, apa penyebab semua ni jadi, bukan menyalah kan takdir semata-mata tapi menyalahkan diri sendiri yang terlalu lalai.


Daddy selalu kata manusia ni ada takdir yang belum ditetapkan semua nya bergantung kepada usaha kita untuk  mendapat yang terbaik dalam hidup, daddy kata manusia itu sempurna, Allah ciptakan manusia ini sempurna jadi terpulang kepada kita untuk mencorakkan nye...eina pegang kata-kata daddy...daddy selalu kata anak-anak dia kene kuat tak cengeng, eina usaha untuk tidak nangis tapi bila ingat kan kamu selalu sedih, betul kata-kata daddy dulu....


Rindu ibu bila dia kata Allah tu tak miskin, kita yang tidak berusaha, rindu masakan dia, rindu bila dia suruh cabut kan uban, basuh depan rumah, keluar shopping sama2 untuk masak...eina tak pernah buat semua tu...ridu nak masak sama-sama.


Eina terima semua nie

source:  Tumblr
p/s : entry ini for my BFF (gurl ok)

Friday, December 2, 2011

Spaghetti Demam


Malam tadi dalam pukul 1 agak nye perut aku dah lain macam bunyi nye...bekeriuk riuk riuk...sampai dengar lagu dondang sayang koo...perut ko ada bunyi lagu tu...lapar la wei, baru balik dari bandar beli barang lepas tu ada orang datang lagi, hantar barang umah member adik, lepas tu jalan kaki balik umah teman member die, kene embun malam lagi menjadi-jadi demam aku nie haa...duduk menanguk dari pagi lagi...eh eh eh...dah melalut aku nie...

Berbalik kepada malam tadi yea...dah lapar kan aku pun masak lah, masak punye masak tetiba taknak makan la plak...terus takde selera dengan tekak rasa payau nye...nak tanaka ku siapkan la jugak masak nye, kebetulan member ngan adik aku ada...hah aku bagi la die orang makan...orang demam masak spaghetti oulls, jangan die orang demam pulak sudah lah yea...hehehe...yang pasti aku masak pakai penutup mulut, ikat rambut bagai yea...hingat aku jenis pengotor kea, pliss sikit ea...aku tengok habis jea die orang makan tatau la rasa apa aku masak kan, dengan perit tekaknye aku memang tak rasa la macam mana rasa dia...

Buat sesimple mungkin...huhuhu

guna instant punye sudah...