~speSies raJin~

Showing posts with label ~my heart~. Show all posts
Showing posts with label ~my heart~. Show all posts

Monday, December 31, 2012

End of 2012

Huiiihhhh... tajuk entry pun dah ala-ala gebang...kahkahkah... actually at the last day 2012 i realize one thing about the entire of years, apa yang aku terlepas pandang, apa yang aku tak sedar atau apa yang aku buat endah... manusia biasa memang sifatnya ambil mudah bila semua terpampang depan mata bila semua nya dikabur dengan satu peristiwa.


Believe me when you realize what happen, then at that time you will be feel knockdown!!!!

At the moment when your family always by your side, bila ko betul-betul jatuh tersungkur, berada betul-betul di bawah, and family ko always support, then u realize the value of love from them are infinity.

Dan hari nie kata-kata abah aku dan tindakan adik aku buat aku berfikir, the only guys them will always love me without any pay back is them, then do what ever they can just to make sure i'm safe and protect me in what ever happen... keep nagging, always nagging about me just because they want the best for me and love me so much... dia orang bukan lah jenis pandai berkata-kata or meluahkan apa yang dia orang rasa, tapi tindakan dia orang dah cukup buat aku paham...

That why lah selama aku hidup nie, dalam berkawan or bercinta, aku lebih percaya perbuatan dari kata-kata romantik, ko kalaw cakap pandai tapi perbuatan tak dea baik ko pergi jauh, sebab kau dan akutak kan bertahan lama...


Friday, December 28, 2012

22 DECEMBER 2012


Actually this entry refer to this entry (22 NOVEMBER 2012) what i thought at that day really happen... just like my expectation, actually i'm really not care about that... well its happen every years...

Maybe because i'm like a taught person so no one don't really care about me, i'm so so so independent...

hihihi... mesti ada yang mcm pening apa jadi pada tarikh 22december? kiamat kea? southern solstice kea?...   hahaha, merapu lebih dah nie... actually at that day is my BOD... well not everyone know bout that, and anyone not really care, sbb aku jugak lah tiap kali birthday mesti aku gi nyorok... duk sorang2 and muhasabah diri apa yang aku dah buat selama nie...well... tipikal thinking gurl...hahaha


Actually this year, aku sangat2 berharap yang someone akan wish tapi nmpak nya dia lupa hari, walaupun dia ingat tarikh birthday aku... hahaha ignore ignore... apa yang aku nak tekan kan kat sini ialah...jangan berharap!!! ayah angkat aku selalu pesan dalam hidup nie kalaw terlalu meletakan harapan kita akan kecewa... and yeah!!! you are always right daddy... memang kecewa...

Two years in row dear... two years.... and now aku x letakkan apa-apa expectation lagi... let it flow... teringat kata-kata seorang sahabat, dan mungkin benar apa yang dikatakan dia, sebab dia lebih mengenali aku... well what happen already happen we cant turn back the time... kalau kau terlepas peluang, jgn berharap peluang tu akan datang dalam bentuk yang sama... aku pun tak perfect, but i make it to be perfect... its just a simple thing, an effort will pay with effort... if not it will be just a rubbish that doesn't have any value...


Sunday, August 26, 2012

Kata-Kata


Bila jiwa sentiasa diasak dengan kata-kata,
Hati mula memberontak menolak segala-gala, 
Walau itu hanya kata-kata jenaka,
Realiti manusia mesti terasa.

EYN:: 26august2012

Tuesday, December 27, 2011

Jawapan Mu Ku Nanti

Source: Tumblr

Jangan pernah mengatakan diri ini tidak memahami
Jika kamu sendiri tidak pernah cuba mengerti
Senang sungguh kata-kata itu meniti
Saat diri ini berjuang agar kamu bahagia
Tidak bermaksud mengungkit tapi menerangkan
Pernahkah cuba memahi walau sekelumit hati ini
Tidak perlu banyak hanya sebesar kuman sudah memadai


Dituduh bermacam-macam dusta, caci dan hina
Disaat cuba memahi apa yang tersirat
Dituduh tidak memahami seperti kawan baik
Ya mungkin diri ini tidak memahami
Kerana kamu tidak pernah mengerti


Saat diberi perkhabaran yang perit
Mengagahkan diri agar akal menerajui bukan hati
Berjaya meyakinkan dan memujuk diri
Yang suatu hari kamu bisa berubah nanti


Sedaya upaya memujuk hati
Menerima apa adanya
Agar tidak dikata meningal saat sukar
Bukan bermaksud hati sudah berarah
Cuma cuba mengerti apa pemasalahan diri


Masih setia menanti
Biarpun tika kini sudah hambar menghantui
Istikharah sudah dilalui
Biarlah jalan ini diserah kepada Allah menghakimi
Bermohon, bermunajat, berserah setelah
Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal sudah


Hanya menunggu apa yang dinanti
Berhak dan Pasti
Tiada kemungkinan disini yang pasti hanya YA dan TIDAK dihati
Tidak perlu menerangkan berkali-kali
Hanya satu perkataan memadai

EYN, 25DECEMBER2011



Sunday, December 25, 2011

Surat Cinta Buat Sang Pencipta


Source: Google

Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguh nya aku hamba mu yang tiada daya upaya melawan kehendak mu YaAllah
Ya Allah Sesungguhnya segalanya datang dari mu


Aku bermohon kepada mu Ya Allah dengan melakukan istikharah
Bagi menetapkan hati dan pendirian yang sering berbolak balik
Hanya kepada mu aku berminta Ya Allah tuhan semesta alam
Yang mencipta segala pelusok dunia



Aku bermohon kepada mu
Kau bimbing lah aku agar tidak terpesong dari jalan mu
Jika dia adalah jodohku
Aku bermohon agar hubungan kami berlandaskan ajaran mu Ya Allah
Agar terhindar dari segala dosa yang melalaikan


Jika sebaliknya aku bermohon agar kau bukakan lah jalan bagi dia
Untuk menyatakan kata pengakhiran buatku serta merta 
Agar segalanya jelas depan mata 
Dan segala zina hati yang pernah bersarang di lubuk jiwa ini hilang serta merta


Kerana aku tiada daya untuk menyatakan kata-kata yang bisa 
Menghancurkan senyuman di wajah nya biarlah sebaliknya Ya Allah
Sesungguhnya aku tidak sanggup Ya Allah
Aku Hanya mampu beristighfar tatkala hati dipagut rasa bersalah
Kerana aku lebih menyayangi mu Ya Allah dari dia...

EYN, 25DECEMBER2011


Source: Google




Sunday, December 4, 2011

Rindu kamu NHK

Kamu tau eina terlalu rindu kamu, sampai tak terbendung perasaan ini, menangis saban malam mengenangkan keluarga di sana, tak pernah merindui sebegini, kata kamu "itulah cabaran yang nyata" memang cabaran walau tidak lama kita kenal kamu dah jadi half of mine, kamu tahu segalanya, kamu tahu...perasaan sayang itu tidak semesti nye diungkap cukup dengan perilaku...sayang itu tidak semesti nye sentiasa berhubung kerana  ia boleh lebih dihargai, walau jauh mana pun jarak kita, saya tetap sayang kamu, eina tak col atau text mahupun IM di FB sebab ina taknak kamu tahu eina sedih, tak nak kamu tahu ina rindu kamu, eina tahu kamu ada link blog nie kan, tapi tak pea kamu jarang bukak kan...


Eina rindu segala-galanya pasal kita selama 3 tahun ni, rindu family, rindu gaduh dengan adik rindu kene marah dengan daddy, rindu nak dengar nasihat ibu, rindu kene pangkah dengan akak, hehehe...funny kan bila ingat kan balik semua moment tu, nak tergelak pun ada adakalanya menyesal buat keputusan seperti ni, bila difikirkan balik mungkin ini yang terbaik buat masa sekarang, sebab eina boleh pikir semula apa yang telah berlaku selama ini, apa penyebab semua ni jadi, bukan menyalah kan takdir semata-mata tapi menyalahkan diri sendiri yang terlalu lalai.


Daddy selalu kata manusia ni ada takdir yang belum ditetapkan semua nya bergantung kepada usaha kita untuk  mendapat yang terbaik dalam hidup, daddy kata manusia itu sempurna, Allah ciptakan manusia ini sempurna jadi terpulang kepada kita untuk mencorakkan nye...eina pegang kata-kata daddy...daddy selalu kata anak-anak dia kene kuat tak cengeng, eina usaha untuk tidak nangis tapi bila ingat kan kamu selalu sedih, betul kata-kata daddy dulu....


Rindu ibu bila dia kata Allah tu tak miskin, kita yang tidak berusaha, rindu masakan dia, rindu bila dia suruh cabut kan uban, basuh depan rumah, keluar shopping sama2 untuk masak...eina tak pernah buat semua tu...ridu nak masak sama-sama.


Eina terima semua nie

source:  Tumblr
p/s : entry ini for my BFF (gurl ok)

Friday, November 11, 2011

My Heart Sick



Agak lama tak buat entry baru yea...aku tengah menaip sambil dengar lagu...dan lagu nie aku dah ulang tak tahu berapa ribu kali aku tak tahu apa yang tak kena walaupun pun aku tahu apa yang terjadi, aku tahu apa yang terjadi, tapi aku tak tahu apa yang tak kena...tak yah semak kan kepala korang, sebab korang tak akan paham...*clueless*Nie lagu yang aku dengar dah berjuta-juta lemon kali...aku tak dapat hadam lagu nie...tapi aku suka lagu nie...




Dan seperti tajuk di atas...paham-paham sendiri la ohkay!!!!


google
My heart are really2 hurts...like have a thousand knife in it...


Dan aku menangis lagi 
Kecewa untuk sekian kalinya 
Aku kecewa pedih

Tak mungkin dapat kau faham sakitnya

Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi


p/s: Hati aku dah luka balik
p/s/s: Tiada kaitan dengan CINTA...


Tuesday, September 27, 2011

Maaf atas kesilapan ku

Maaf...mmg aku memang tak bermaksud untuk buat kamu susah hati...tapi kenyataan nya memang salah aku...aku sedar kamu memang banyak  berkorban untuk aku,apa yang aku nak mesti ditunaikan, apa yang aku tidak mintak turut ditunaikan...kasih seorang ayah memang tidak dapat di tandingi, sanggup  melakukan segala-galanya untuk anak tang disayangi, tapi si anak, langsung tidak menghargai...
google


Susah sangat kah untuk berusaha belajar bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya...sedangkan dia tidak pernah meminta apa-apa, hanya mahukan anaknya berjaya dan mendapat kehidupan yang lagi senang dari sekarang, kerana dia tidak mahu anaknya merasai jerit dan perih mengunakan tulang empat kerat hanya untuk mendapat kan sesuap nasi...

Betapa tidak sedar nya si anak...sehingga hasrat ayah untuk anak nya berjaya yang juga akan menjadi masa depan sendiri...bila semuanya hancur dan lebur baru tahu betapa banyak nya si ayah berkorban...

Di saat si anak menghadapi kesusahan, si ayah bersusah hati memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan nya, berbagai car adi fikirkan...sehinggakan demam...terguris hati ini bila mengetahui nya...betapa selama ini diri menjadi penyebab ayah bersusah hati...

Janji kepada diri, walau betapa perit dan susah pun, mesti berusaha, agar ayah tidak susah hati lagi, berjanji pada diri yang ayah akan gembira...dia akan bangga dengan diri ini suatu hari nanti...tiada lagi kesilapan selepas ini...
google

p/s: ALONG JANJI AKAN BUAT ABAH BANGGA SUATU HARI NANTI

Friday, February 11, 2011

: : : give me my HEART back : : :


wouldn't it be the 
<3 perfect crime,
if i stole your heart,
and you stole mine...?

hmm...i think im stole someone heart
and him stole mine....
haish...hate bout this....

biasa nye law aku dpt tau pasal nie...aku sedaya upaya buat orang tue benci kat aku, aku wat perangai buruk2...tapi kali nie aku tak buat semua tue...its really him already stole my heart and hide it until i cant find it... pleass give me back my heart, i really need it...