~speSies raJin~

Thursday, December 29, 2011

Wordless Wednesday - Kesalahan



P/s??? sejak bila ERANA...ingat ikan pirana kea...?

Tuesday, December 27, 2011

Jawapan Mu Ku Nanti

Source: Tumblr

Jangan pernah mengatakan diri ini tidak memahami
Jika kamu sendiri tidak pernah cuba mengerti
Senang sungguh kata-kata itu meniti
Saat diri ini berjuang agar kamu bahagia
Tidak bermaksud mengungkit tapi menerangkan
Pernahkah cuba memahi walau sekelumit hati ini
Tidak perlu banyak hanya sebesar kuman sudah memadai


Dituduh bermacam-macam dusta, caci dan hina
Disaat cuba memahi apa yang tersirat
Dituduh tidak memahami seperti kawan baik
Ya mungkin diri ini tidak memahami
Kerana kamu tidak pernah mengerti


Saat diberi perkhabaran yang perit
Mengagahkan diri agar akal menerajui bukan hati
Berjaya meyakinkan dan memujuk diri
Yang suatu hari kamu bisa berubah nanti


Sedaya upaya memujuk hati
Menerima apa adanya
Agar tidak dikata meningal saat sukar
Bukan bermaksud hati sudah berarah
Cuma cuba mengerti apa pemasalahan diri


Masih setia menanti
Biarpun tika kini sudah hambar menghantui
Istikharah sudah dilalui
Biarlah jalan ini diserah kepada Allah menghakimi
Bermohon, bermunajat, berserah setelah
Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal sudah


Hanya menunggu apa yang dinanti
Berhak dan Pasti
Tiada kemungkinan disini yang pasti hanya YA dan TIDAK dihati
Tidak perlu menerangkan berkali-kali
Hanya satu perkataan memadai

EYN, 25DECEMBER2011



Sunday, December 25, 2011

Surat Cinta Buat Sang Pencipta


Source: Google

Ya Allah Ya Tuhanku
Sesungguh nya aku hamba mu yang tiada daya upaya melawan kehendak mu YaAllah
Ya Allah Sesungguhnya segalanya datang dari mu


Aku bermohon kepada mu Ya Allah dengan melakukan istikharah
Bagi menetapkan hati dan pendirian yang sering berbolak balik
Hanya kepada mu aku berminta Ya Allah tuhan semesta alam
Yang mencipta segala pelusok dunia



Aku bermohon kepada mu
Kau bimbing lah aku agar tidak terpesong dari jalan mu
Jika dia adalah jodohku
Aku bermohon agar hubungan kami berlandaskan ajaran mu Ya Allah
Agar terhindar dari segala dosa yang melalaikan


Jika sebaliknya aku bermohon agar kau bukakan lah jalan bagi dia
Untuk menyatakan kata pengakhiran buatku serta merta 
Agar segalanya jelas depan mata 
Dan segala zina hati yang pernah bersarang di lubuk jiwa ini hilang serta merta


Kerana aku tiada daya untuk menyatakan kata-kata yang bisa 
Menghancurkan senyuman di wajah nya biarlah sebaliknya Ya Allah
Sesungguhnya aku tidak sanggup Ya Allah
Aku Hanya mampu beristighfar tatkala hati dipagut rasa bersalah
Kerana aku lebih menyayangi mu Ya Allah dari dia...

EYN, 25DECEMBER2011


Source: Google




Wednesday, December 14, 2011

Hanya Aku Disini

Asing di bumi ini
Walau sudah berdekad di sini
Diri bagai terasing sendiri
Mengorak langkah berpaksi bumi

Bukan menyendiri
Terasa dunia bukan disini
Masih tercari-cari erti
Erti mengapa di sini

Kau... mengapa masih disini
Adakah sudah menemui erti
Jika ya... sungguh bertuah diri
Tapi diri ini masih tercari-cari

Angin bawalah diri ini
Kepada keluarga yang disayangi
Dimana diri ini sangat mermelui
Kasih sayang yang sejati

EYN, 9DECEMBER2011



Aku dah rasa bila duduk sendiri, perasaan dia pelik sangat....kalah ayam berak kapur!!! kalaw iman tak kuat aku rasa ada gila, mujur ada orang yang sudi pegang tangan walaw sekejap bagi impact yang sangat besar pada aku, aku dah angap mcm family sendiri, aku tak pernah mengadu tapi dia paham apa yang aku rasa, time aku lapar diabagi makan time aku perlukan tempat tinggal dia bagi pelindungan...

Hidup nie, tak sentiasa cerah, dan kita tak akan lalui kehidupan yang sama sepanjang hiduo nie, mesti ada pasang surut nya, dia dah tolong aku time susah, bimbing time aku hilang, tarik aku time aku hampir tersesat, dan sekarang akukene jalani hiduo ni atas kaki sendiri tanpa bantuan sesiapa, aku kene belajar berdikari, tabah hadapi hidup ini...


p/s : You Are my Inspiration Ayah Yang Gagah ARM

Wordless Wednesday - Games Addicted



p/s : main game sampai lebam...hehehe

Sunday, December 4, 2011

Rindu kamu NHK

Kamu tau eina terlalu rindu kamu, sampai tak terbendung perasaan ini, menangis saban malam mengenangkan keluarga di sana, tak pernah merindui sebegini, kata kamu "itulah cabaran yang nyata" memang cabaran walau tidak lama kita kenal kamu dah jadi half of mine, kamu tahu segalanya, kamu tahu...perasaan sayang itu tidak semesti nye diungkap cukup dengan perilaku...sayang itu tidak semesti nye sentiasa berhubung kerana  ia boleh lebih dihargai, walau jauh mana pun jarak kita, saya tetap sayang kamu, eina tak col atau text mahupun IM di FB sebab ina taknak kamu tahu eina sedih, tak nak kamu tahu ina rindu kamu, eina tahu kamu ada link blog nie kan, tapi tak pea kamu jarang bukak kan...


Eina rindu segala-galanya pasal kita selama 3 tahun ni, rindu family, rindu gaduh dengan adik rindu kene marah dengan daddy, rindu nak dengar nasihat ibu, rindu kene pangkah dengan akak, hehehe...funny kan bila ingat kan balik semua moment tu, nak tergelak pun ada adakalanya menyesal buat keputusan seperti ni, bila difikirkan balik mungkin ini yang terbaik buat masa sekarang, sebab eina boleh pikir semula apa yang telah berlaku selama ini, apa penyebab semua ni jadi, bukan menyalah kan takdir semata-mata tapi menyalahkan diri sendiri yang terlalu lalai.


Daddy selalu kata manusia ni ada takdir yang belum ditetapkan semua nya bergantung kepada usaha kita untuk  mendapat yang terbaik dalam hidup, daddy kata manusia itu sempurna, Allah ciptakan manusia ini sempurna jadi terpulang kepada kita untuk mencorakkan nye...eina pegang kata-kata daddy...daddy selalu kata anak-anak dia kene kuat tak cengeng, eina usaha untuk tidak nangis tapi bila ingat kan kamu selalu sedih, betul kata-kata daddy dulu....


Rindu ibu bila dia kata Allah tu tak miskin, kita yang tidak berusaha, rindu masakan dia, rindu bila dia suruh cabut kan uban, basuh depan rumah, keluar shopping sama2 untuk masak...eina tak pernah buat semua tu...ridu nak masak sama-sama.


Eina terima semua nie

source:  Tumblr
p/s : entry ini for my BFF (gurl ok)

Friday, December 2, 2011

Spaghetti Demam


Malam tadi dalam pukul 1 agak nye perut aku dah lain macam bunyi nye...bekeriuk riuk riuk...sampai dengar lagu dondang sayang koo...perut ko ada bunyi lagu tu...lapar la wei, baru balik dari bandar beli barang lepas tu ada orang datang lagi, hantar barang umah member adik, lepas tu jalan kaki balik umah teman member die, kene embun malam lagi menjadi-jadi demam aku nie haa...duduk menanguk dari pagi lagi...eh eh eh...dah melalut aku nie...

Berbalik kepada malam tadi yea...dah lapar kan aku pun masak lah, masak punye masak tetiba taknak makan la plak...terus takde selera dengan tekak rasa payau nye...nak tanaka ku siapkan la jugak masak nye, kebetulan member ngan adik aku ada...hah aku bagi la die orang makan...orang demam masak spaghetti oulls, jangan die orang demam pulak sudah lah yea...hehehe...yang pasti aku masak pakai penutup mulut, ikat rambut bagai yea...hingat aku jenis pengotor kea, pliss sikit ea...aku tengok habis jea die orang makan tatau la rasa apa aku masak kan, dengan perit tekaknye aku memang tak rasa la macam mana rasa dia...

Buat sesimple mungkin...huhuhu

guna instant punye sudah...

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday - Present



P/S : Hadiah dari adik ipar yang tatau lagi jd ke tak...hehehe

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday - New Gadget


sakit mata aku tenung pic nie lelama...=,=

Friday, November 11, 2011

My Heart Sick



Agak lama tak buat entry baru yea...aku tengah menaip sambil dengar lagu...dan lagu nie aku dah ulang tak tahu berapa ribu kali aku tak tahu apa yang tak kena walaupun pun aku tahu apa yang terjadi, aku tahu apa yang terjadi, tapi aku tak tahu apa yang tak kena...tak yah semak kan kepala korang, sebab korang tak akan paham...*clueless*Nie lagu yang aku dengar dah berjuta-juta lemon kali...aku tak dapat hadam lagu nie...tapi aku suka lagu nie...




Dan seperti tajuk di atas...paham-paham sendiri la ohkay!!!!


google
My heart are really2 hurts...like have a thousand knife in it...


Dan aku menangis lagi 
Kecewa untuk sekian kalinya 
Aku kecewa pedih

Tak mungkin dapat kau faham sakitnya

Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi


p/s: Hati aku dah luka balik
p/s/s: Tiada kaitan dengan CINTA...


Friday, November 4, 2011

My first DOODLE

Tengok tajuk entry aku, korang mesti boleh agak kan...hehehe...hari nie aku cuba buat doodle...n yang bawah nie doddle2 yang aku buat...hehehe...bangga jap....kembang kempis gidung,walaupun hidung aku mmg kembang...ngeh3...semua doodle nie aku buat dan bagi kat kawan...hohoho, nmpak riak di situ, menunjuk koo, padahal baru belajar buat...baru merangkak nie...teruja...*Rolling eyes*

Okey...tak yah meroyan panjang-panjang...jom tengok jea...HAHAHAHA (berlagak)


okey...korang boleh gelak kan doddle aku...x pea...tak kan menjatuh kan semangat aku...wuwuwuw T_T...aku akan belajar lagi...touching x dea org support...hahaha...chow dulu aku dah melalut sampai indon....

Monday, October 31, 2011

Species yang SuperDuper rajin

Aku tak pernah perasaan FOLLOWER nie...tak ambik port pun, tak berharap langsung...tadi masa aku checking blog aku ternampak folower dah 70 even bru banyak tu, terkezuttaw...ada jugak yang nak follow aku, tak kira lah apa motif korang kan...ahh....persetan kan semua motif tuu...org dah follow pun bersyukur yea dok...dah lah kau nie spesies superduper pemalas nak update blog...aku draf kan semua entry...bhahaha...see...aku akan buktikan kan kemalasan aku ok...jap ea....

Nie follower yang aku dok canang kat atas tuu...terharu babe...hehehe...seblom nie akku tgok ada belas2 jea...



Nie pulak bukti kemalasan aku...semua aku draf....hahaha...kena censored cikit....hehehe,,,nie x sampai separuh pun yang di drafkan...kira aku nak tunjuk berapa bnyak nye aku drafkan...tengok la tarikh...ERINA adalah seorang yg PEMALAS!!!!

p/s: aku tengah sakit pinggang nie...

Saturday, October 29, 2011

I LOVE YOU

Aku tengah in love dengan budak nie....hohoho...ouch...cute ...bila bergambar dia mesti buat peace, dan kene suruh dia tunjuk gigi kalaw tak macam gambar nie lah, masam jea...kalah cuka...
my nephew
Nie sorang lagi yang aku tengah in love....hahaha =,=


sila gelak yea...kabur sebab tak pasti lagi sapa yang bakal jadi my future husband...gagaga
Kenapa aku gedik semacam nie...ngeh3...actually aku nak kongsikan perkataan "I LOVE YOU" in other language...ada sesetengah macam agak lucu la...tapi membawa meaning yang sama...haih...BM aku memang tak A++ ok, BI aku adalah broken...so ini lah jadi nya bila aku membuat karangan...bukan sebab aku berlagak nak jadi omputih, pegaulan aku yang agak bercampur...tu pasal bahasa aku pun lintang pukang...ngeh3...apa yang aku mengarut nie...=,=

Anyway, yang bawah nie aku adalah table yang aku maksud kan dengan I LOVEYOU in other language, aku tak pasti kat mana aku amik benda alah nie, sebab dah setahun lebih jadi draf...hehehe, so aku credit  kat GOOGLE jea lah...rasa nye semua bahasa ada tanda seru sebab terlalu excited kot ...hahaha

P/S: Aku adala lebih kurang 20 entry yang di drafkan, dan aku mengaku aku memang seorang yang pemalas...=,=

AfrikaansEk is lief vir jou!
AlbanianTe dua!
AmharicAfekrishalehou!
ArabicOhiboke (m to f), Nohiboka (f to m, or m to m)
ArmenianYes kez si'rumem!
BasqueMaite zaitut!
BengaliAmi tomake bahlobashi!
BosnianVolim te!
BulgarianObicham te!
CatalanT'estimo!
CreoleMi aime jou!
CroatianVolim te!
CzechMiluji tev!
DanishJeg elsker dig!
DutchIk hou van je!
EnglishI love you!
EsperantoMi amas vin!
EstonianMina armastan sind!
FarsiTora dost daram!
FilipinoIniibig kita!
Finnish(Mä) rakastan sua!
FrenchJe t'aime!
FrisianIk hald fan dei!
GalicianQuerote!
GermanIch liebe dich!
GreekS'ayapo!
GujaratiHoon tane pyar karoochhoon! tane chaahuN chhuN!
HawaiianAloha wau ia 'oe!
HebrewAnee ohev otakh (m to f), Anee ohevet otkha (f to m), Anee ohev otkha (m to m), Anee ohevet otakh (f to f)
HindiMai tumase pyar karata hun (m to f), Mai tumase pyar karati hun (f to m)
HungarianSzeretlek!
IcelandicEg elska thig!
IndonesianSaya cinta padamu!
Irisht'a gr'a agam dhuit!
ItalianTi amo!
JapaneseKimi o ai shiteru!
KoreanDangsinul saranghee yo!
LatinTe amo!
LatvianEs tevi milu!
LithuanianAs tave myliu!
MalaysianSaya cinta kamu!
MandarinWo ai ni!
MarshalleseYokwe Yuk!
NorwegianJeg elsker deg!
PolishKocham ciebie!
PortugueseEu te amo!
RomanianTe iubesc!
RussianYa tyebya lyublyu!
Sanskrittwayi snihyaami
SerbianVolim te!
SesothoKiyahurata!
SlovakLubim ta!
SlovenianLjubim te!
SpanishTe amo!
SwahiliNakupenda!
SwedishJag älskar dig!
TagalogMahal kita!
ThaiPhom rug khun (Male speaker) Chan rug khun (Female speaker)
TurkishSeni seviyorum!
UkrainianYa tebe kokhayu!
UrduMain tumse muhabbat karta hoon!
VietnameseAnh yeu em (m to f), Em yeu an (f to m)
WelshRwy'n dy garu di!
YiddishKh'hob dikh lib!
ZuluNgiyakuthanda!

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday - Excitement


p/s: boleh tahan syok ouls cite nie.....

Friday, October 21, 2011

Gaduh sebab lelaki...WTF!!!


Alahai...bodoh nye laa...gaduh sebab laki...macam takde jantan lain jea...nampak sangat la cetek akal pempuan-pempuan nie...wat malu aku jea...yang sorang 2 duk tuduh kacaw BF die...haih...kalaw ko perangai macam tu memang la akan ada madu...laki suka kea pempuan pemarah..?err...aku rasa laki pun menyampah kot...payah nak ajak berbincang, asyik dia nak menang, buat sesuatu melulu, membabi buta, babi pun gamak nya malu tengok dia...hahaha, bab ngutuk memang excellent...nie kes aku tgok video pempuan yang gaduh depan kedai kasut...haish...malu la wei....
anyway aku selalu tengok pempuan gaduh pasal jantan ni...bagi aku lah kan, kalaw dah laki tu main kayu tga that mean adalah yang salah tuu...bawak bincang elok-elok, dah tau sebab cuba ubah...kalaw tak boleh berubah, biar jea la dia bahagia dah memang jodoh ko bukan dengan dia nak buat macam mana dok...

aku pun pernah jugak lalui pasal didua kan BF nie...tak dea la pulak aku nak gaduh-gaduh macam tu. pempuan tu pun baik, aku tanya elok-elok laki tu, dan silap nya memang datang dari pihak aku, family aku tak boleh terima hubungan kami, sebab sepupu hehehe...tapi salah jugak cara dia tu, sekurang-kurang nya terus terag la dengan aku jangan main kotor, aku kesian kat perempuan tu kot, pempuan tu tak tahu apa-apa...

google
p/s: girls please behave your self...u have a dignity right... respect your self...

Jumaat di kedah

Puiiihhh...1st ayat dah meludah...ekekeh, bukan apa aku agak sentap la pasal tajuk entry nie...jangan kata aku berpolitik sudah...aku dari semalam lagi tunggu message dari sorang hamba Allah nie...tak pea lah kalaw dia busy aku boleh tolerate , yang menjadi kan aku tertanya-tanya sekarang ni aku anta message pun tak balas, bukan setakat tak balas,tak deliver terus -__- dia penat sangat kot...mula aku pikir bukan-bukan accident gamak nya bus yang dia naik...akukalaw bab-bab orang yang aku sayang nie memang pemikiran jadi negative giler..
google

Sambil-sambil aku dok tweet-tweet, berFB, baca bolg, tgok berita, aku memang sorang yang sangat busy banyak benda aku buat ...tiba-tiba aku teringat something siap keluar lampu kalimantan lagi atas kepala menandakan aku tengah berpikir...hahaha (pada sapa-sapa yang tak tahu lampu kalimantan itu apa sila masuk secondary school balik yea)...hari ini adalah hari JUMAAT dan sudah tentu dekat KEDAH adalah cuti...ok...aku positivekan pikiran aku balik, cuci guna clorox, dia hang up ngan family dah lama tak jumpa kan, aku bukan kisah sangat pun...aku cuma cuma cuma cuma....tertanya-tanya dia nie hidup lagi kea...?masih wujud kea...?


ok sekian...
p/s: asal aku duk sibuk tulis pasal nie dalam blog...-__-!!!

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday - Ilmu Baru




p/s: Belajarlah setakat mana yang kamu mampu, mempunyai ilmu bukan lah satu kerugian....

Tuesday, October 18, 2011

Jangan lah merungut macik

Haish....(ini bukan mengeluh ok!!)...mcm mana nak buat mukadimah nie...permulaan, introduction dan etc...hmm....okey kite mulai dengan bismillahhirahmannirahim Assalamualaikum 

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, Taufik dan hidayahNYA serta dengan syufaat dan berkat KekasihNya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, maka untuk mengupas tajuk di atas terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika ada mana-mana pihak yang tersinggung, bukan bertujuan untuk menyalahkan sesipa, tetapi hanya lah pandangan dan sedikit perkongsian pengalaman....


Amik nak ko...cantik punye mukadimah...hahaha...aku dh melalut......okey kite straight to the heart jea.....hehehe...tetibe gedik nk ltak emoticon...awww...malu lah.(celaka...puiiihhhh...belagak gedik)


Hah...meh la aku star dr duk merapu bukan-bukan...semalam aku keluar la g buat urusan alang-alang dh kuar merayap terus kan...peluang tu...aku bukan rajin sangat nak merayap nie...dah ada peluang grab jea, kan rugi pulok...haa...sambil-sambil dok nungu bas nok balik tu...aku ada la terdengar sepasang mak cik dan mak cik nie (2 org mak cik ok!!) die cite la pasal anak- anak yang sekolah asrama, ada yang masuk collage, ada masuk universiti...dalam hati aku...wow, pandai la die org nie jaga anak...semua berjaya...tapi....(haish, dalam hidup nie kalaw bnyak sgt tapi x kn berjaya contoh nya macam aku la...ekekekeh)...ahh bukan itu yang jadi persoalan, tapi (tapi lagi)-____-....macam nie la....makcik2 tuu bercerita pasal kos duk asrama, duit makan, duit kene bayar bulan-bulan, duit buku macam-macam lagi la...

Aku tak berapa nak berkenan bila dok kate yang duk asrama nie menyusah kan...bukan apa yang ko nak masuk kan ank sekolah asrama tu sapa suruh pastu mula la merungut (sory la kalaw kasar kata ganti nama yg aku guna tu yea)...sekolah biasa sudah la kalaw rasa burden sangat...bagi aku laa...kalaw tak sekolah asrama pun boleh cemerlang jugak kan...belambak jea yang masuk U...nie la manusia...buat sesuatu pastu merungut...mana la Allah nak bagi rezeki lebih kalaw mcm tu...
google


Anak tu kan anugerah...jadi die layak dapat yang terbaik tapi bersesuaiyan dengan kemampuan laa...aku bukan nak kondem mak bapak nie...tapi ini la yang biasa nye berlaku...ko labur kan duit untuk anak belajar nanti bile dah berjaya anak tu balas la balik apa yang telah mak ayah dia bagi...ye dok macam tu....ini pandangan aku laa...


Erina...mcm mana pulak anak yang tak ingat mak bapak, yang campak mak ayah kat rumah orang tua...???

haa...ini satu lagi...kang katu aku nie anti mak bapak pulak...asyik nak salah kan mak bapak jea, mana salah anak anak nya...


Well...korang pernah dengar tak ayat nie "Anak itu ibarat kain putih mak bapak lah yang mencorak kan nye"..hah...x kan tak paham jugak kot...nak aku terang kea...jangan sentap sudah la...apa kebanggang la...dah sah-sah yang budak tu keluar dari kemaluan ko..hasir dari hubungan asmaradana ko dengan laki ko...jadi ko lah yang bentuk dia dari kecik...kalaw betul cara didikan dan ajaran yang ko bagi tak kan jadi semua tu...masa kecik...budak ikut jea apa yang ko suruh kan...tapi agak laa...kalaw nak manja pun jangan lebih-lebih sangat...berpada-pada la...kang jadi macam ANAK KU SAZALI PULAK...malas dah aku taip banyak-banyak...nanti kene tuduh derhaka pulak...

google


Mana nya dari pengalaman yang katmukadimah tuu...BODOH la...jangan la ajak aku jadi bodoh wei...takkan hal peribadi pun nak taip...bukak pekung sendiri...ciskek btol la....

p/s: entry ini bukan satu protes
p/s/s: enty ini bersesuian dengan cara pemikiran aku yg kurang waras saat menaip...

Friday, October 14, 2011

Obsesi (1)

Aku tak pasti la kan aku nie manusia normal ke tak, tapi yang aku pasti sangat-sangat, bahawasanya aku nie tersangat lah sangat sangat dan sangat WIERD....hahaha...kenapa aku gua cakap macam...hei...ikut suka gualah...diri gua...ada gua nyusah kan sapa-sapa...kalaw ada mintak maap yea...I LOVE YOU...muax muax muax.... koh koh koh...well kalaw hidup nie semua perangai sama takde variasi la...ye dok...huhuhu...

Aku perasaan semua nie masa sekolah rendah lagi, well...aku matang dari umur sebenar dan looking young dari umur sebenar...hah...ko paham...x paham...? nak kena terang kea...alah...malas la wei...paham-paham sendiri jea...sapa suruh lampi sangat...tak kuasa aku nak layan....
source: google
Alkisah kepada obsesi aku nie bermula masa aku darjah 6 (sweet 12 ala-ala comel gituueeww...tapi selekeh)...masa zaman-zaman aku sekolah rendah dulu famous dengan main tali getah tuu...aku pun tak sure sangat apa nama permainan tu, sebab aku dah padam segala memori berkaitan permainan tu, pengalaman yang aku taknak ingat yang aku pernah main dengan getah, yang aku pernah terlalu obses suka dengan permainan tu sampai aku terlalu obses tak suka dengan permainan tu...fuhhh terlalu obses...koh koh koh....macam nie la...nak di jadikan cerita aku tak suka dengan permainan tu, bermula dengan aku nak main pada suatu petang yang cantik dan angin sempoi-sempoi bahasa....aku amik la tali getah tuu...nak main dengan my pren and my sibling...tibe-tibe.....hah...nie part klimak(<---mcm mana nak eja nie -_-!!) serombong aku terbau haruman yang begitu...errr...cm nea terang kan bau die ea...emmm....bagi aku busuk laa...nak muntah hijo koo....aku pun cari la bau apa...aku hidu punya hidu akhir nya, bau badan sendiri laa...hehehe...aku pun cari la punca bau tuu...sebab badan aku memang tak mengeluarkan bau-bauan hampagas nie...las-last aku realiza yang bau tuu datang dari tali getah...terus aku lempar tak main sampai sekarang tengok pun tak nak apatah lagi nak pegang...ye dok...

penjelasan pertama > penceritaan di atas hanya permulaan awal kepada obses aku...sebab sekarang dah makin teruk....hahaha...x paham...korang punye pasal la wei....

Cerita di atas telah berlaku long long time ago....ceruta sekarang...aku tak boleh langsung pegang dan pandang getah...jijik wei....sampai kan member aku kata aku spesies CICAK....hahaha...lantak la korang nak kata apa...yang pasti akku tak suka dengan bau getah tu...bukan tak boleh pegang...boleh jea...tapi tengok keadaan laa...selagi boleh elak aku elak...sebab nye...sekali aku pegang aku basuh tangan tak hingat dunia~~~ada sekali tuu...aku siap pegi mandi lagi...sejam dalam bilik air...itu yang tak larat...aku dah saiko diri, tapi aku memang alah dengan bau-bau yang menusuk kalbu nie...jadi lebih baik aku jauh kan diri dari segala anasir-anasir bauan itu...hahahah SEKIAN...


p/s: tak ramai yang tahu pasal nie, yang rapat-rapt jea...
p/s/s: ma ngan abah aku pun tak tahu...
p/s/s/s: kat umah berkaitan getah akusuruh adik aku buat..(gila keji) hahaha

Wordless Wednesday - Shopping!!!

WW2 : Shoping!!!

p/s : di sponsor...oleh....adik...huhuhu

Tuesday, October 11, 2011

Kehidupan

KEHIDUPAN

perkataan yang mampu mengungkap keseluruhan perjalanan hidup di dunia
mampu mentafsir segala-galanya
mengerti betapa besarnya cabaran hidup seseorang


kau mampu...?
mampu hadapi cabaran seseorang

memang mudah untuk mencerca dan menghina kehidupan seseorang
sedangkan kau tidak pernah merasai nya
betapa perit untuk melaluinya
sedaya upaya bertahan untuk tidak tersadai di pertengahan jalan

wah....
sungguh riak menyatakan cabaran itu hanya sekadar
"PIECE OF PAPER"

SESUNGGUHNYA
My collection^^


Bagi yang menghadapi kesukaran dalam kehidupan pula
REMEMBER
Google

p/s: muhasabah diri sendiri
p/s/s: manusia keliling yang suka mengutuk mmg mnyemakkan hidup aku

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday - Lepak ing!!!

Mukadimah : Aku dah tahu lama pasal WW nie, tapi baru tergerak hati nak buat...ekekeke...aku kan busy(pemalas)...hee...perlu kan ruang untuk uruskan segala hal dan masalah dari diri sendiri...


317764_1571283939882_1769025798_845533_1897360294_n


p/s : yang bawah semua cacat...hahaha

Tuesday, October 4, 2011

Lelaki keparat!!!


Aku paling benci kalaw nak buat jahat lepas tu boleh pulak berlagak...haish, muka ada tapi air muka takde...apa punya species laki laa...ko kalaw stim sangat nak buat persetubuhan tu jangan la nak babik kan aku pulak...ko sedar tak aku akan di tuduh bersubahat...apa aku nak jawab kat padang masha nanti wei...dosa aku sendiri dah bertimbun, eh...dosa yang bapak aku tanggung untuk aku pun bertimbun jugak...ko jangan nak jadi lahanat sangat...nak ajak orang join bersubahat...
sumber: google

Adoiii...apa la motif die bagi tahu aku semua tu, nak buat aku jeles kea...hee...WhatTheFuuu, ko sapa yang nak buat aku jeles sangat 2...aku tak heran laa...apa punya perangai laa....

kesimpulannya: dari pada rumusan di atas, aku benci laki keparat yang berlagak bila buat jahat...macam mana la aku boleh berkawan dengan dia...pikir...pikir...pikir...

p/s : bukan semua laki 2 bodoh, jangan plak nmpak jea laki korang baling batu...itu nama nya korang yang             BODOH!!! pikir pakai kepala lutut, sbb x dea otak....

Tuesday, September 27, 2011

Maaf atas kesilapan ku

Maaf...mmg aku memang tak bermaksud untuk buat kamu susah hati...tapi kenyataan nya memang salah aku...aku sedar kamu memang banyak  berkorban untuk aku,apa yang aku nak mesti ditunaikan, apa yang aku tidak mintak turut ditunaikan...kasih seorang ayah memang tidak dapat di tandingi, sanggup  melakukan segala-galanya untuk anak tang disayangi, tapi si anak, langsung tidak menghargai...
google


Susah sangat kah untuk berusaha belajar bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya...sedangkan dia tidak pernah meminta apa-apa, hanya mahukan anaknya berjaya dan mendapat kehidupan yang lagi senang dari sekarang, kerana dia tidak mahu anaknya merasai jerit dan perih mengunakan tulang empat kerat hanya untuk mendapat kan sesuap nasi...

Betapa tidak sedar nya si anak...sehingga hasrat ayah untuk anak nya berjaya yang juga akan menjadi masa depan sendiri...bila semuanya hancur dan lebur baru tahu betapa banyak nya si ayah berkorban...

Di saat si anak menghadapi kesusahan, si ayah bersusah hati memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan nya, berbagai car adi fikirkan...sehinggakan demam...terguris hati ini bila mengetahui nya...betapa selama ini diri menjadi penyebab ayah bersusah hati...

Janji kepada diri, walau betapa perit dan susah pun, mesti berusaha, agar ayah tidak susah hati lagi, berjanji pada diri yang ayah akan gembira...dia akan bangga dengan diri ini suatu hari nanti...tiada lagi kesilapan selepas ini...
google

p/s: ALONG JANJI AKAN BUAT ABAH BANGGA SUATU HARI NANTI

Saturday, August 27, 2011

Perasaan @ Perasan

Merujuk kepada tajuk di atas saya yang bernama seperti di 'mukabuku' ingin menceritakan tentang situasi bila orang sudah terasa hati, sama ada saya perasan a.k.a syok sendiri @ situasi itu memang betul2 terjadi...(buahahaha...gila punya intro)
google

cerita yang ingin deceritakan bermula dengan persahabatan kerana tuntutan kehidupan sebagai seorang student...huhuhu...mcm nie la cite nye, aku adalah kenal sorang nie, nama pun student kan mesti ramai kawan, nk di jadikan cerita, aku slalu la berhubung dengan die sebab nak siap kan assigment, kami selalu la berborak pasal hal2 yang perlu di siap kan ok...tapi satu hari aku pelik bila dia macam lain dari yang biasa, di sebab kan aku malas nak ambik tau aku ignore jea la..yea la, aku bukan rugi pape pun kan...lagi pun aku assume yang die mungkin ada masalh sendiri...ahh...asal kan keje siap sudah, yang lain aku x nak amik kisah(bukan tak berhati perut ok, tapi x nk jaga tepi kain orang....

aku rasa lama la jugak 'kot' baru aku cakap ngan die...itu pun die tanye pasal someone nie kat aku...aku x sure sapa yang die tanye, sbb aku dea ramai kawan yang nama sama...sampai la die sebut satu perkataan yang aku familiar sgt2...then...aku jwb jea la soalan die tu acuh tak acuh....yea la kan...suara hati aku berbisik(kau sapa nak tanye aku pasal peribadi aku) ngeh...hati aku nie sangat la jahat...huhuhu....

2 minggu lepas tue aku terjumpa kagi dengan die...masih menanyakansoalan yang sama, tapi kali nie dah die tanye solan, aku pun tanya la balik kan...lpas tu aku add  FB die....ntah la anapa tiba2 aku tergerak hati nak add dia, dah lama aku tak add orang nie...

lama jugak la lepas kejadian tu, aku terbukak wall die, sebab tersalah click nama kalau tak silap aku...aku pun pea lagi baca jea la wall die tu...mungkin ada sebab kenapa perkara tu berlaku kan...so bacapunya baca sampai la satu status nie, tarikh die ngan kejadian pertama di atas tadi tersangat lah dekat....yang menyatakan perasaan die terhadap orang yang die tidak boleh sayang kerana mmg tidak boleh...(hahaha...ayat berterabur) tapi lebih kurang macam tu la kronologi ayat die...ngeh...

dan sampai sekarang die x kan balas msg aku law aku tanya pape yang berkaitan dengan kerja kami...
google

OK....SEKARANG MENGIKUT CERITA DI ATAS, TERANGKAN ADAKAH HANYA PERASAAN AKU TAU AKU PERASAN?



Wednesday, August 24, 2011

hati



hati...tabah la kamu...
tiada apa yang tidak dapat diselesaikan...
percayalah...ALLAH itu tidak miskin...
itu pesanan seorang bapa, abang dan kawan... 

kamu harus tabah
kamu harus lawan
kamu harus berjaya
kamu mesti berjaya

ingat kamu tunggak keluarga
jatuh nya kamu, jatuh la juga yang lain
kamu kena kuat untuk yang lain
sorokkan segala nya, biar hanya diri ini yang tahu

Tuesday, July 19, 2011

CINTA...???

seriously.... i think im not ready for this...

Thursday, May 5, 2011

menanGIS!!!!

okay.....baru sekarang aku rasa nak menangis.....selepas 3 minggu, baru aku nak menangis....lepas aku cite semua nye kat mak ayah aku, aku cite kat kawan aku n aku cite kat blog nie....baru sekarang aku rasa lega tak lah burden sgt...tapi aku masih tak cite kat kwn super special aku...aku tak tahu macam mana penerimaan die...YA ALLAH...kuat kan lah hati aku... sesungguh nya kau takkan memberi dugaan kepada hamba yang tidak boleh menghadapi nya... kau permudahkan lah perjalanan hidup aku ALLAH... sesungguh nya aku bnyak dosa dengan mu YA ALLAH...

SALAH AKU!!!!!

wei...aku tengah pikir bnyak benda nie...aku serabut...aku hanye boleh berdoa kepada Allah...semua nya salah aku sendiri....SALAH AKU SENDIRI....

peluang yang aku lepaskan....


Aku dah dapat peluang depan mata....
then aku lepas kan macam tu jea...
hei... aku tak paham dengan diri aku nie...
ingat senang nak dapat peluang tu...
then aku nak betul kan balik semua silap aku...
sekarang baru aku rasa betapa sakit dan perit nye nak betul kan semua nye...
tapi bila pikir sedalam-dalam nye...
perkara tu buat aku sedar yang diri aku sekarang nie mcm mana...
buat aku pikir berulang kali yang hidup kat dunia nie tak seindah imaginasi aku...
kalau aku tak grab peluang yang ada depan mata, sampai bila2 aku kat takuk lama...
sampai bila-bila pun aku tetap akan mcm sekarang...
aku bukan la bodoh bengap sangat...tp x dea org penah guide aku...
hidup aku, aku tentukan sendiri...aku jatuh aku bangun sendiri...
tak dea orang penah bantu, akhir nya aku sedar....
yang sebenarnya itu adalah pengalaman hidup...
pengalaman yang mengajar aku tentang dunia nie...
pengalaman yang mematang kan aku...
pengalaman itu jugak mengajar aku supaya berdiri dengan kaki sendiri...
dan pengalamn itu membuat kn aku lebih menghargai peluang yang ada....
walau macam mana teruk pun hidup aku sekarang, masih ada lagi yang teruk...
sekurang-kurang nya, family dan kawan2 aku tak pernah sisihkan aku...
aku tidak dibuang... kegagalan aku tak bermakna aku tak boleh berjaya....

Sunday, April 10, 2011

Random chat

This some random chat with someone i call him turttle or pinky...actually this chat more too x dea keje nk buat kan...nampak sgt yang kite org tengah bosan...n aku nie plak jenis kasar ckit bile chat...so jd cam nie la...then aku kurang gemar la bab2 puji nie...tatau nk kate ape... tp i loike this quote 
"Beauty is in the eye of the beholder"
hmmm....what ever la...


Pinky:oit...i on9 japo...

Aku: emm ok

Pinky:I tngu ma siap lma sangta..uhuhuh

Aku:ok

Pinky:suke u pakai tdng...comei..huuh

Aku:hah...tbe2...gemok la time nie...

Pinky:huuhu x ksh...ahha k la cyng... i chow lu...da siap
:P

Aku:ok
 p/s: chat tidak di edit