~speSies raJin~

Tuesday, December 27, 2011

Jawapan Mu Ku Nanti

Source: Tumblr

Jangan pernah mengatakan diri ini tidak memahami
Jika kamu sendiri tidak pernah cuba mengerti
Senang sungguh kata-kata itu meniti
Saat diri ini berjuang agar kamu bahagia
Tidak bermaksud mengungkit tapi menerangkan
Pernahkah cuba memahi walau sekelumit hati ini
Tidak perlu banyak hanya sebesar kuman sudah memadai


Dituduh bermacam-macam dusta, caci dan hina
Disaat cuba memahi apa yang tersirat
Dituduh tidak memahami seperti kawan baik
Ya mungkin diri ini tidak memahami
Kerana kamu tidak pernah mengerti


Saat diberi perkhabaran yang perit
Mengagahkan diri agar akal menerajui bukan hati
Berjaya meyakinkan dan memujuk diri
Yang suatu hari kamu bisa berubah nanti


Sedaya upaya memujuk hati
Menerima apa adanya
Agar tidak dikata meningal saat sukar
Bukan bermaksud hati sudah berarah
Cuma cuba mengerti apa pemasalahan diri


Masih setia menanti
Biarpun tika kini sudah hambar menghantui
Istikharah sudah dilalui
Biarlah jalan ini diserah kepada Allah menghakimi
Bermohon, bermunajat, berserah setelah
Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal sudah


Hanya menunggu apa yang dinanti
Berhak dan Pasti
Tiada kemungkinan disini yang pasti hanya YA dan TIDAK dihati
Tidak perlu menerangkan berkali-kali
Hanya satu perkataan memadai

EYN, 25DECEMBER2011



1 comment:

r-5 said...

Allah itu maha kaya, percaturan Allah itu amat sempurna nilainya. percayalah pasti penentuan yang terbaik buatmu jang berputus asa.. :)