http://brittbrat1020.xanga.com |
Aku mencari erti sebuah perkenalan.,
Di manakah penghujung nya,
Ahh...jgn dihitung penghujung nya
Kerana perjalanan ini baru bermula
Aku mengapai mesra salam
Salam perkenalan di antara kita
Ahh...mungkin ianya sementara
Tidak terduga berkekalan lama
Aku meniti detik bahagia
Detik kenangan kita berdua
Mencipta sejarah yang bakal dicerita
Megisi masa luang di usia tua
Aku merasa apa rasanya tidak berjumpa
Kerana ada jarak di antara kita
Bukan nya harta atau usia
Tapi jarak antara negara memisah kan kita
Aku cuba mencari kewujudan hakikat ini
Adakah ianya bererti
Menjadi tanda tanya ketika ini
Adakah aku mencintai dia...
EYN :4SEPT2012, 16.55
No comments:
Post a Comment