~speSies raJin~

Monday, November 26, 2012

Dunia masa kini

Seriously aku tak paham dengan modern world sekarang nie, err modern la sangat kan sampai duk pakat salahkan sesama sendiri then tak habis-habis nagging pasal benda tak tentu hala sedangkan tindakan langsung tak ambil, duk canang kiri kanan belakang depan tapi end up telur ayam....okay aku budak kecik tak tahu apa-apa, tapi jangan lupa budak kecik modern world bukan macam back world cara didikan dah berubah...

Budak kecik modern world ramai yang rebel, pegi joli sana sini clubbing party, heee nie kan modern world, dunia yang bebas lakukan apa-apa, tiada sebarang halangan club ada di mana-mana so bila pula itu menjadi masalah, kalaw yea pun salah pergi tempat sosial kenapa masih didirikan, ramai manusia yang pergi zo*uk, isl*nd club, etc...wei sapa yang tak kenal tempat tu, tapi tiada sebarang masalah pun tiada pun sebarang statement yang mengatakan tempat-tempat begitu tak boleh pergi, kalaw illegal mesti dah kene serbu kan tak pun dijalan kan secara senyap-senyap,so dari mana masalah nya..??

Dulu time 90-an sekolah agama macam cendawan, alah mcm peribahasa tu "cendawan tumbuh selepas hujan" then tup-tup dengar di corong telinga, melihat kertas bercetak di depan mata bahawa sekolah agama ingin di******kan, haih agak tertanya-tanya kenapa yea, sekolah pun boleh di******kan, so maknanya semua yang ada boleh di******kan dengan kuasa? kemudian semuanya senyap tanpa khabar berita atau diri tidak cakna akan dunia, alah aku lah yang tidak cakna tak kan nak salah kan orang lain kalaw tak tahu info dan pengatahuan am.

Tersorok di benak otak, budak back world eh..budak zaman dulu-dulu yea, semua nya baik kea? semuanya berkualiti, hmm kebanyakkan la kot semua nya baik, pasal tu lah bila tiba zaman modern sekarang nie budak-budak semuanya rebel, apa orang kata kesan sampingan...alah senang cerita kita pikir logic akal *LOGIC yea, kenapa budak-budak sekarang rebel, apa yang buat mereka jadi begitu? eh eh eh, budak-budak sekarang dijatuhkan oleh burung jinjang atas bumbung kea, macam cartoon dalam TV tu, kata nak anak terus dapat mungkin la kot sebab tu berbeza budak dulu-dulu semua nya dari benih cinta manusia... semua nie bergantung didikan ....

Jangan sesedap hati menilai seseorang berdasarkan luaran dia orang, tak semua yang luaran bagus dalaman tu excellent, Aku tak kata aku ni TERAMATLAH BAGUS... tapi tengok keliling korang, tengok apa yang berlaku sekarang, tapi kalaw fikiran memang dah tersemai dengan benih perasaan bagus, memang tak boleh wat apa la kan...

p/s: Sedangkan yang WARGA EMAS bertindak bagai org kehilangan, apatah lagi jenerasi muda dieorang, pikir-pikir kan lah...

p/s/s: tak paham entri aku??? aku lagi lah tak paham....

Friday, November 23, 2012

Happy and Smile

DSCN1234

Kadang kala dengan hanya sebaris ayat manusia boleh salah faham, salah perhitungan, cemburu tidak tentu hala... walaupun hakikatnya ayat itu di tujukan kepada nya... bukan untuk merahsiakan tapi biarlah ia nya di biarkan begitu tanpa di tag apa-apa nama, realiti nya ia rahsia di hati saja... 

Dengan sebaris ayat juga, hati yang disemai bunga-bunga cinta menjadi cemburu buta, katanya diri banyak membuatkan mu derita, menangis menangung duka... kerana diri nya tidak mengetahui hadirnya dia mengubat derita dan duka... betul katanya dia selalu membuatkan diri derita dan duka tetapi dalam pada masa yang sama memberi seribu erti kegembiraan yang mengatasi segala-gala...

Derita dan duka itu hanyalah sementara, kerana kita tiada sebarang ikatan yang membolehkan semuanya terlerai begitu sahaja, Derita dan duka ini adalah jihad antara kita berdua, mempertahankan kegembiraan yang bakal diraih di masa depan sana hingga jannah hasratnya...

Biarlah kita menanggung semua ini, agar nanti kita tersenyum penuh erti, tanpa ada ralat di hati, dan tanpa kekesalan bersarang di sanubari. Aku menyayangi mu bukan sebab duniawi, tapi kerana hormat mu pada diri ini... Suatu hari nanti aku pasti menyayangi mu sepenuh hati bila saat nya kita bersatu terpatri, hingga itu jagalah diri, jagalah hati, selalulah ingat Allah cinta hati,doakan kebahagian yang dinanti... Aku akan menunggu mu hingga suatu saat nanti kau mampu mencium dahi ini sebagai tanda aku adalah milik mu hingga jannah nanti...^^


Thursday, November 22, 2012

22 November 2012

Tarikh ini hari ini, sebulan dari hari ini.... mungkin terbawa-bawa agaknya, sehinggakan menulis tarikh di board sebulan kedepan, hahaha hadam saja bila kene ketawa, bukan apa hingga ke penghujung hari tarikh itu masih kekal begitu, syukur tiada siapa yang meneka mengapa, kerana ia akan memberi trauma yang mengila....

Terlalu memikir kan 22 December, aku ingin tarikh itu berlalu begitu saja, tiada siapa yang menyedari ketibaan nya... kerana aku tidak mahu perkara yang sama berlaku semula... bila satu pengharapan itu menjadi dusta ia bagaikan abu-abu yang terbang dah hancur seiring waktu... menjadikan ia nya berlalu tanpa rasa apa-apa.

Tarikh itu  juga membuatkan aku hilang tanpa dapat diduga, tiada siapa yang dapat mengagak dan tiada siapa dapat melihat kelibat, kerana aku tidak suka, bukan kerana ada pengalaman yang tidak berharga, tapi aku tidak tahu mengispirasikan rasa...

Tidak mengapa, kita tunggu saja tarikh ini di bulan hadapan, tengok bagaimana pula... jika masih sama, maka terbukti itulah yang ada...
http://quotediary.me/

Monday, November 19, 2012

Hati ini...

Hati ini sungguh jahat menyagkal segala...
Menguji kekuatan,kesabaran,ketabahan & keimanan baki yg ada...
Hari ini tergelincir dari landasan, ia perlu di baiki semula...
Bukan mudah, ia perlu dengan azam dan usaha...
Teruskan berjuang hingga Berjaya... 
:eyn

google

Friday, November 9, 2012

Aku wanita zaman ini


google

Aku wanita zaman ini,
Aku baru belajar menyimpan mahkota abadi,
Yang hanya bisa dilihat kekasih hingga jannah nanti,
Aku juga sedang menahan nafsu menayangkan mahkota ini,
Sampai bila mahu tewas kepada nafsu,
sedangkan sudah tahu apa syaitan mahu...

#:eyn


Just sharing something that can make us think billion times.
tentang jutawan sendayu tinggi memakai purdah