~speSies raJin~

Friday, November 23, 2012

Happy and Smile

DSCN1234

Kadang kala dengan hanya sebaris ayat manusia boleh salah faham, salah perhitungan, cemburu tidak tentu hala... walaupun hakikatnya ayat itu di tujukan kepada nya... bukan untuk merahsiakan tapi biarlah ia nya di biarkan begitu tanpa di tag apa-apa nama, realiti nya ia rahsia di hati saja... 

Dengan sebaris ayat juga, hati yang disemai bunga-bunga cinta menjadi cemburu buta, katanya diri banyak membuatkan mu derita, menangis menangung duka... kerana diri nya tidak mengetahui hadirnya dia mengubat derita dan duka... betul katanya dia selalu membuatkan diri derita dan duka tetapi dalam pada masa yang sama memberi seribu erti kegembiraan yang mengatasi segala-gala...

Derita dan duka itu hanyalah sementara, kerana kita tiada sebarang ikatan yang membolehkan semuanya terlerai begitu sahaja, Derita dan duka ini adalah jihad antara kita berdua, mempertahankan kegembiraan yang bakal diraih di masa depan sana hingga jannah hasratnya...

Biarlah kita menanggung semua ini, agar nanti kita tersenyum penuh erti, tanpa ada ralat di hati, dan tanpa kekesalan bersarang di sanubari. Aku menyayangi mu bukan sebab duniawi, tapi kerana hormat mu pada diri ini... Suatu hari nanti aku pasti menyayangi mu sepenuh hati bila saat nya kita bersatu terpatri, hingga itu jagalah diri, jagalah hati, selalulah ingat Allah cinta hati,doakan kebahagian yang dinanti... Aku akan menunggu mu hingga suatu saat nanti kau mampu mencium dahi ini sebagai tanda aku adalah milik mu hingga jannah nanti...^^


No comments: